Back To All

Feb 07, 2025 3PM

GoBarakah manfaatkan teknologi QR dan e-baucar untuk memudahcara ketelusan transaksi dana sumbangan

Isu penyalahgunaan dana sumbangan bukan perkara baru, justeru, LC Wakaful Digital Sdn Bhd tampil dengan penyelesaian melalui platform fintech (teknologi kewangan) GoBarakah bagi menawarkan kaedah yang telus untuk menjejak setiap sumbangan amal yang disalurkan.

 

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GoBarakah, Firdaus Mohamed, platform berkenaan merevolusi cara individu dan syarikat berurusan dalam menyumbang dengan menukar semua sumbangan menjadi aset digital (e-baucar) bagi membolehkan kebolehkesanan yang terperinci bagaimana dana amal dikumpul, diagihkan dan digunakan.

 

“Antara masalah biasa dilihat adalah berlaku banyak pembaziran, tiada ketelusan dan kos yang tinggi apabila mengendalikan dana sumbangan. Penerima juga tidak dapat memilih bentuk sumbangan yang sesuai untuk keperluan masing-masing.


“Namun, melalui GoBarakah, penyumbang tidak perlu bimbang kerana boleh mengesan laporan aliran dana sumbangan yang terperinci dengan mudah dan efisien.

 

“Di GoBarakah, jika RM100 yang disumbangkan maka RM100 yang akan diterima oleh penerima tersebut. Penerima pula boleh menebus sumbangan tersebut mengikut kesesuaian masa dan keperluan masing-masing,” katanya.


Pengasas Bersama dan CEO GoBarakah, Firdaus Mohamed berkata platform bantuan sosial itu menawarkan cara pengagihan bantuan yang lebih berkesan dan telus


Menurut beliau, keistimewaan lain GoBarakah adalah penyumbang yang terdiri daripada individu mahupun organisasi boleh menentukan siapa penerima pilihan mereka.

 

Katanya, nama penerima sama ada terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal atau Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat berpandukan kerjasama dengan beberapa organisasi kerajaan dan bukan kerajaan serta sekolah-sekolah.

 

Tambah beliau, penerima juga boleh dicalonkan oleh penyumbang individu yang ingin menyumbang kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang memerlukan.

 

“GoBarakah memastikan e-baucar sumbangan sampai dengan cepat kepada penerima melalui notifikasi email dan WhatsApp. Penerima pula boleh menebus e-baucar sumbangan sama ada di kompleks beli-belah atau di rakan vendor GoBarakah seperti Mydin dan AEON Big untuk bantuan perubatan, pendidikan, atau dalam bentuk wang tunai yang dimasukkan ke akaun bank atau e-wallet yang ditentukan oleh penerima.


Baucar boleh ditebus sama ada di kompleks beli-belah atau untuk tujuan pendidikan, perubatan mahupun dalam bentuk wang tunai


GoBarakah dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri pada November 2023. Walaupun masih agak baru, platform berkenaan terus melakar sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai pemenang kategori Perniagaan dan Perdagangan untuk World Summit Awards (WSA) 2024 yang berlangsung pada 22 Januari lalu.

 

Ketua Platform dan Pembangunan GoBarakah, Audri Zin, berkata, platform berkenaan antara tiga syarikat pemula (startup) dari negara ini yang terpilih mewakili Malaysia ke WSA Global Congress di Hyderabad, India pada 6 April hingga 9 April depan.

 

Beliau yang juga Ketua Pegawai Teknologi GoBarakah itu menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu pencapaian luar biasa kerana platform berkenaan berjaya mengatasi ratusan syarikat pemula lain yang mempunyai impak tinggi di seluruh dunia.

 

“GoBarakah berasa bangga dapat mewakili Malaysia di pentas global pada kongres WSA di Hyderabad, India, nanti. Kami juga berbangga dapat mempersembahkan inovasi dari Malaysia melalui perjalanan GoBarakah.

 

“Kemenangan ini mencerminkan dedikasi kami dalam memanfaatkan 

teknologi untuk inklusi kewangan dan memperkasakan komuniti melalui teknologi,” katanya.


GoBarakah muncul juara di FIKRAace2024 - program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi meningkatkan ekosistem pasaran modal Islam


Pada September tahun lalu, GoBarakah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah FIKRAtech London 2024, sebuah pertandingan teknologi berinovasi anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan disokong Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang turut menampilkan panel hakim antarabangsa.

 

Platform itu turut meraih penghormatan tertinggi di FIKRAace 2024 sebulan kemudian bagi program teknologi kewangan dibangunkan SC dengan kerjasama MDEC dan Nexea Ventures. Program berkenaan memberi tumpuan kepada meningkatkan ekosistem pasaran modal Islam.

 

Antara organisasi yang telah bekerjasama dengan GoBarakah untuk menyalurkan sumbangan adalah Yayasan Waqaf Malaysia, GXBank, E-Idaman, GrabforGood Fund serta Khadijah Waqaf International Foundation, di mana dana sumbangan diagihkan dalam bentuk e-baucar bantuan persekolahan atau bantuan pembelian bahan makanan kepada penerima yang layak.

Platform GoBarakah boleh diakses oleh semua pengguna di www.gobarakah.com


Infografik memaparkan maklumat cara bantuan diagihkan melalui platform GoBarakah


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

12 Mar 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:26

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:20:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:36:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:36:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase